Saturday, November 8, 2008

Kebosanan..

Kebosanan berlaku apabila keadaan fisiologi badan kita tidak selesa dengan keadaan sekeliling atau perbuatan yang kita lakukan bagi satu-satu masa. Kebosanan berlaku apabila kita melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang atau kita tidak melakukan apa-apa dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Seperti yang sedang aku rasakan sekarang, kebosanan telah menghantui diriku. Pelbagai perkara telah ku lakukan seperti mengemas bilik, membasuh, menyapu sampah, tetapi ia tetap menghantui keadaan fizikal dan mentalku.
Ketika sedang sibuk melayari minggu peperiksaan akhir, kebosanan juga melanda tatkala mata sedang asyik mengamati sebutir demi sebutir perkataan yang tertera dalam buku hatta dalam slidenote sekalipun. Dalam fikiran hanyalah menanti pengakhiran detik-detik yang menyeksakan itu (almaklumla amik 7 subjek). Tetapi apabila semunya telah selesai dilalui dengan jayanya, kepuasan yang dikecapi hanyalah seketika. Apabila fajar siddiq menjelmakan diri pada keesokan harinya, kebosanan yang telah hilang seketika mulai merapati di setiap anggota tubuhku (ish..geli pulak aku baca ayat nih).
Jadi, ku mula memikirkan apakah sebenar erti kepuasan yang dicari-cari ketika kebosanan bermain-main di benak jiwa. Ada ketika kita merasakan apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang bosan tetapi ada ketikanya juga kita merasakan perkara yang kita nanti-nantikan untuk mengakhiri kebosanan itu rupa-rupanya merupakan satu permulaan kepada kebosanan yang baru. Sesungguhnya manusia itu tidak pernah bersyukur…

P/S: cari jumlah perkataan bosan (termasuk yg mempunyai imbuhan awalan dan akhiran). Hadiah menarik menanti anda!! =p

No comments:

Post a Comment