Saturday, November 22, 2008

Al-Fatihah

Semalam, selepas subuh, pada waktu yg lebih kurang sama seperti sekarang ini, aku melayari internet sebelum menyambung semula pelayaranku (tido le tu).. Tidak banyak yg kulakukan ketika itu. Cuma check msj atau comment member2 dlm fs sambil meninjau2 blog member2 dan blog aku sendiri (manala tau ade org antar komen ke)..

Ketika di akhir pelayaran ku (surfing), aku menerima sms daripada kocot yg bapa kepada salah seorang sahabat karib kami iaitu saudara Abdullah (formerly known as PakLah) telah kembali ke rahmatullah. Agak terkejut juga aku kerana sebelum ini PakLah tidak ada menceritakan apa2 kpd kami sama ada Allahyarham sedang sakit atau sebagainya. Tetapi seingat aku, PakLah pernah menceritakan pd kami sewaktu 1st year dulu yg Allahyarham mmg mengalami masalah kesihatan.

Kemudian, setelah menghantar sms ucapan takziah kpd PakLah, sms dpd kocot tersebut ku edarkan kpd sahabat2 kami yg lain.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang mukmin. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment